Jumaat, 6 Januari 2012

Sudut Pengetahuan

KORANG TAU TAK?                                                                        




                          Makhluk
                   Aneh Di Himalaya 
Makhluk aneh yang dinamakan yeti atau orang salji hodoh dipercayai hidup di puncak-puncak terpencil di Himalaya.Yeti mungkin kelihatan seperti beruk besar berbulu.Namun,tiada sesiapa yang pasti sama ada makhluk ini wujud atau tidak.


                                          Pendaki Pertama Daki Everest 
*sebelah kiri ialah Sir Edmund Hillary dan kanan ialah Tenzing Norgay.
Manusia pertama yang mendaki puncak Gunung Everest ialah Sir Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay dari Nepal.Mereka sampai ke puncak gunung itu pada 29 Mei 1953.


                     Gunung Berapi Dalam Laut
*Gunung Berapi Mauna Kea,Hawaii.
Kebanyakan gunung berapi dasar laut tersembunyi,namun boleh membesar sehingga mencecah permukaan lautan.Contohnya Pulau Mauna Kea di Hawaii.Pulau tersebut sebenarnya merupakan kemuncak yang lebih tinggi daripada Gunung Everest.





  26 Juta Orang Bersamaan Garisan Khatulistiwa
Khatulistiwa ialah garisan bayangan berukuran 40 075 km yang mengelilingi bahagian tengah Bumi.Ini bersamaan dengan lebih 26 juta orang yang berpegangan tangan untuk membuat garisan itu!


*Gile panjang Sungai Nil ni!mati lemas sape yang mandi kat situ!
Sungai Terpanjang 
Sungai terpanjang di dunia ialah Sungai Nil.Sungai ini sepanjang  6670 km.Dengan berukuran berukuran 6437 km,Sungai Amazon di Amerika Selatan merupakan sungai kedua terpanjang di dunia.Delta yang terbesar ialah Delta Sungai Ganges dan Sungai Brahmaputra di Asia(7.5000 km persegi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan