Ahad, 22 Januari 2012

Busy

Perghh...gile bz minggu ni mybe sampai bulan-bulan depan yang akan datang sebab kerja!!Sampai tak ade masa nak update blog aku ni!rase2 nyer ni jela yang ak nak tulis!haha,
takde idea arr!hahaha..ok arr,jumpe lagi nanti


Ahad, 8 Januari 2012

On The Floor Nyanyian J.LO Lagu Ciplak?


BIAR BETOL?                                                                                  

Dengar ceritanya lagu On The Floor merupakan lagu ciplak dari lagu The lambada nyanyian Kaoma tahun 1989.Betol ker? Jom tgok video lagu original yang orang kata tu :)




Tapi bile aku dengar beratus kali pon tetap ada beza!So,xde la si J.LO ni copy sangat!Lagi pun dalam lagu ni ade penyanyi pittbull sekali!Ape la dorang ni hal kecik macam ni pon nak bising!

Jumaat, 6 Januari 2012

Korean Plastic Surgery


Pertama sekali aku nak mintak maaf kepada peminat KPOP sebelum aku start entri ni!hehe...
Kisah entri hari ni pasal cosmetic plastic surgery yang menjadi fenomena pada  masyarakat korea.Dengar-dengar cerita...ibu bapa di korea sanggup berhabis duit untuk anak perempuan mereka bagi menjalani pembedahan plastic bagi membesarkan mata anak mereka yang sepet tu,macam video kat bawah ni!haha,sgt la xboleh bla!
           
 

Sudut Pengetahuan

KORANG TAU TAK?                                                                        




                          Makhluk
                   Aneh Di Himalaya 
Makhluk aneh yang dinamakan yeti atau orang salji hodoh dipercayai hidup di puncak-puncak terpencil di Himalaya.Yeti mungkin kelihatan seperti beruk besar berbulu.Namun,tiada sesiapa yang pasti sama ada makhluk ini wujud atau tidak.


                                          Pendaki Pertama Daki Everest 
*sebelah kiri ialah Sir Edmund Hillary dan kanan ialah Tenzing Norgay.
Manusia pertama yang mendaki puncak Gunung Everest ialah Sir Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay dari Nepal.Mereka sampai ke puncak gunung itu pada 29 Mei 1953.

CEO Facebook --->Mark Zuckerberg

7 FAKTA MENARIK TENTANG DIRI BELIAU                                     

1) Mark Zuckerberg sebenarnya seorang yang pemalu.

2)Mark Zuckerberg mempunyai beberapa nama samaran yang dipanggil oleh rakan-rakannya seperti 'zuck' dan 'slayer' di Universiti Harvard.Selain itu ibunya juga memanggilnya sebagai 'princely'.

3)Seorang yang tidak gilakan duit.Beliau pernah ditawar 1bilion dollar untuk menjual Facebook tetapi beliau menolaknya kerana mengangap Facebook sebagai 'bayi' dan mahu melihat 'bayinya ini' terus berjalan dan berkembang.

4)Mark Zuckerberg seorang yang buta warna merah dan hijau.Oleh sebab itu,beliau memilih warna biru  untuk menjadi warna utama dalam semua halaman Facebook kerana hanya warna tersebut beliau dapat melihatnya dengan baik.

5)Di sekolah,beliau telah mempelajari bahasa asing iaitu  bahasa Latin dan amat mencintai gaya klasik.

6)Mark amat sukakan memakai selipar getah berbanding kasut.Beliau juga pernah memakai selipar getah semasa menghadiri mesyuarat lembaga.
                                                    
*Mark:suka hati aku la nak pakai selipar ke kasut!janji FACEBOOK aku pegang!haha

7)Mark Zuckerberg merupakan seorang yahudi.Namun,beliau mendakwa dirinya seorang Ateis.

Khamis, 5 Januari 2012

Sejarah ringkas Facebook



Selama ni korang tau guna FB jer an!Ape kate korang bace serba sedikit sejarah ringkas rangkaian sosial yang popular di dunia ini :



 FAKTA                                                                                           

Facebook merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan laman web yang bermula pada bulan Februari 2004.Rangkaian sosial ini dimiliki sepenuhnya oleh Facebook Inc.Keahlian laman web adalah untuk pelajar Harvard pada mulanya,kemudian ia dimasukkan ke kolej-kolej lain di kawasan Boston,Ivy League,dan Stanford University.Selepas itu,facebook dibuka untuk pelajar-pelajar di Universiti lain.Lama kelamaan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan ianya dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan kepada sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas.Pada Julai 2011 Facebook mempunyai lebih daripada 750 juta pengguna yang menggunakan laman web tersebut dengan sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari.Pengguna boleh membuat profil peribadi,menambah bilangan rakan,menghantar mesej&komen,dan memuat naik gambar.Pengguna yang ingin menyertai Facebook perlu mendaftar terlebih dahulu di ruangan SIGN UP sebelum boleh menggunakan rangkaian ini.Pihak Facebook akan meluluskan akaun pengguna yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun ke atas untuk menjadi pengguna  laman web Facebook.com.

Ok,cukup la tu dengan fakta kat atas!hehe...Jom kita tengok siapa pengasas facebook ini pula :

PENGASAS                                                                            

 Facebook telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg dengan rakan sebiliknya di kolej dan beberapa rakan ahli sains komputer iaitu Eduardo Savrien,Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.

Rabu, 4 Januari 2012

Tahun baru&pengalaman baru

 ASSALAMUALAIKUM                                                                      
 
Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pelawat yang sudi menjenguk blog saya yang masih baru ni(first time buat blog tau!x brape arif sgt tentang blogging ni)!trimas sesangat!Tahun ni jugak la saya decide nak buat blog untuk mengisi masa lapang saya dari terus terbuang begitu sahaje!hehe,maklum la dah lepas SPM hidup rase dah kosong jer.