Selama ni korang tau guna FB jer an!Ape kate korang bace serba sedikit sejarah ringkas rangkaian sosial yang popular di dunia ini :
FAKTA
Facebook merupakan perkhidmatan rangkaian sosial dan laman web yang bermula pada bulan Februari 2004.Rangkaian sosial ini dimiliki sepenuhnya oleh Facebook Inc.Keahlian laman web adalah untuk pelajar Harvard pada mulanya,kemudian ia dimasukkan ke kolej-kolej lain di kawasan Boston,Ivy League,dan Stanford University.Selepas itu,facebook dibuka untuk pelajar-pelajar di Universiti lain.Lama kelamaan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan ianya dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan kepada sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas.Pada Julai 2011 Facebook mempunyai lebih daripada 750 juta pengguna yang menggunakan laman web tersebut dengan sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari.Pengguna boleh membuat profil peribadi,menambah bilangan rakan,menghantar mesej&komen,dan memuat naik gambar.Pengguna yang ingin menyertai Facebook perlu mendaftar terlebih dahulu di ruangan SIGN UP sebelum boleh menggunakan rangkaian ini.Pihak Facebook akan meluluskan akaun pengguna yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun ke atas untuk menjadi pengguna laman web Facebook.com.
Ok,cukup la tu dengan fakta kat atas!hehe...Jom kita tengok siapa pengasas facebook ini pula :
PENGASAS
Facebook telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg dengan rakan sebiliknya di kolej dan beberapa rakan ahli sains komputer iaitu Eduardo Savrien,Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan